Friday, February 20, 2009

Mari kita buat LAN Cable ehehehe.....

Bahan-bahannya ialah Crimping Tools, kabel pasangan terpiuh (UTP Cat 5) , penyambung RJ45 dan Network Tester


Wayar kabel lapisan luar perlu dipotong terlebih dahulu, bagi mengeluarkan lapan wayar yang terdapat didalam kabel pasangan terpiuh tersebut



Kenalpasti kelapan-lapan warna wayar dan

setelah itu wayar tersebut akan dipotong dengan menggunakan crimping tools dengan rapi.



Kemudian lapan wayar berkenaan akan dilerai serta disusun dengan kemas dan teratur mengikut warna susunan wayar yang yang telah ditetapkan, iaitu Putih Jingga, Jingga, Putih Hijau, Hijau, Putih Biru, Biru, Putih Coklat dan Coklat.



Setelah wayar telah dikemaskan dan digunting , barulah wayar berkenaan akan disambungkan dengan penyambung RJ45 , pada kedua-dua belah penghujung wayar kabel tersebut.



Kemudian, crimping tools akan digunakan sekali lagi bagi mengetatkan penyambung RJ45 tersebut. Setelah siap wayar kabel berkenaan bolehlah di uji dengan menyambungkan sebelah hujung wayar kabel berkenaan pada alat penguji sambungan rangkaian dan hujung sebelah yang satu lagi pada LAN port yang terdapat pada pc.



Kemudian, LAN cable ni sdh sedia untuk digunakan... Oppsss, anda perlu test kabel ni terlebih dahulu dengan m'gunakan Network Tester (sorry, aku xda la alat tu...)




ni la Network Tester ehehe..

2 comments:

  1. APA BNDALAH YG DIWATNYA TUHHH....
    SATU PON X PHM... HAHAHAHAHA....

    ReplyDelete
  2. ni aku punya kerja amali subjek Rangkaian Komputer..... ehehehe aku tatau mau post apa jd aku post la ni.... aku rasa benda ni baik utk d sharing so aku share la ehehehehe....

    ReplyDelete